>>>>>>>
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Fuuhhhhh~!!>> byk rupanya yg kita xtau pasal Sejarah Hari Asyura ni..ok now kita tgk pulak ape amalan² yg boleh kita lakukan utk dapatkan PAHALA secara percuma...
>>>>>>>
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

Well..mungkin agak terlambat utk putery berkongsi kan?? xpe... setiap tahun pasti ada Hari Asyura... amalkan tahun depan ye...
>>> oh ye..disebabkan semalam hari Asyura..so putery buatlah hidangan rasminya...BUBUR ASYURA..dan bonus pencuci mulut~!! PUDING ROTI BAKAR!!! yeay!! ok..putery kongsi resepi ye...
BUBUR ASYURA
(ni sukatan utk 2 org...kalau nk buat lebih..doublekan smua bhn...adjust jelah sndiri yeeee)
Bahan²
1-2 biji bawang besar
1-2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ inchi halia
3-4 sudu besar rempah kari daging (jika ingin lebih pedas, tambah lebih rempah kari)
1 tin santan
1 tin kacang peas
2 sudu besar kacang dal (direndam)
Segenggam beras, di cuci
½ kg daging cincang
Kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga (4 sekawan)
Air secukupnya
Cara²:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, dan masukkan ‘4 sekawan’ ke dalam minyak yang telah panas.
Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan rempah kari dan kacau.
Masukkan daging dan tggu sekejap.
Masukkan beras yang telah dicuci dan masukkan juga air (cukup untuk membuat bubur)
Apabila mendidih, masukkan kacang dal dan juga kacang peas, kacau sekali sekala.
Setelah ia menjadi bubur, masukkan santan sedikit demi sedikit dan kecilkan api.
Apabila sudah pekat, masukkan garam secukup rasa.
Bahan Hiasan:
3 biji telur, di kacau, di goreng dadar dan dipotong halus-halus
1 biji lada merah, di hiris halus bawang goreng daun sup dan bawang atau cilantro
PUDING ROTI BAKAR
Bahan²
2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang yg mne satu)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)
Cara penyediaan:
Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.
Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.
Masukkan roti ke dalam acuan yg dah disapu dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu hingga menutupi roti.
Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.
Kalau suka puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti..
Sos Puding Roti:
1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.
Pssstt...psstt...Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba. ^__^