About Me

My photo
perjalanan sejauh mana sekalipun, ia bermula dari satu langkah yang pertama. untuk berubah menjadi seorang muslim yg berkualiti dan bukan angka-angka kosong, mulakan langkah anda dari sekarang. jangan bertangguh. anda tidak akan tahu sampai bila anda akan diberi masa didunia ini. Al-munthalak.. [Abu Bakr]

Thursday, June 2, 2011

Bezanya yg name BINATANG & MANUSIA~!


Tergamam kejap kami suami isteri melihat berita ttg perbuatan KEJAM seorg IBU kpd ANAKnya~! rasa nk menitis airmata dgn berita tu.. Terkadang merasa Allah swt tu tidak adil kerana memberikan zuriat kepada mereka yg tidak menginginkannya... yg dah bernikah dan tersgt2 mahukan zuriat tidak diberi oleh-Nya... tp bila difikir mgkin semua tu ada hikmah.. dan cuma Dia yg mngetahui apa yg yg terbaik utk hambaNya~! Tapi ape yg dilakukan oleh "BINATANG" ni mmg ckup2 tidak boleh dimaafkan~!!... HARAM JADAH !! patut dia yg dicampak kebawah!!

img credit to RILEKSLAH.com
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin. Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.  Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.  “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya. “Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.  Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat. “Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.

Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.  Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.   Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat  dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.  Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya. Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.

Wednesday, April 13, 2011

owh Sugar Glider

 
Sugar Glider yg sgt Chomelll...tggu 1 hari saya pasti memiliki kamuu~!
semalam aku n enSuami pergi Pandan Uptown..singgah gerai Pets..diorg ade jual sugar glider.. sgt chomel ok...berpeluanglah jugak utk pegang² n belai² bulu dia yg lembut tu~!... (yg aku pegang ni kepunyaan tuan punya kedai) sgt jinak dan chomel...huhuhu~! bile tnya harga..terkedu kejap...RM 300.00..!

huh~! sgt mahal..tapi xpe..nnti aku kumpul duit..1 day msti aku dpt memiliki kau wahai sugar glider.. risik punya risik kt internet jumpe information kt blog andaQ~ yg juga merupakan seorg photographer...

sape yg mmpunyai minat cam aku nie..leyh risik² blog andaQ.. 

gambar dibawah kredit to andaQ~!


Tuesday, April 5, 2011

Mantou wid Chicken Curry~!

 

Hye semua~! hehehe..actually pu3 tgh busy mengemas rumah.. menyinggah kejap tengok FB...byk nye notification...nak kate glamer x jugak... klik..klik..klik... ade plk notification dr kawan lame...x habis² mintak resepi..hehehe...kesian dia..dah lame dia mintak..tp pu3 ni jenis malas menaip... oklah.. pu3 luangkan sikit mase taip resipi khas untuk dia~!...ok! resepi kita untuk hari ni...chewah~!  mcm chef pulak lagaknye!..hehehe..
Mantou wid Chicken Curry

Bahan²: (agak2lah sndiri utk mkn brape org)

Bawang Besar (dimayang)
Bawang Putih (dimayang)
Kentang (potong ikut citarasa)
Halia (ditumbuk kasar)
Kayu Manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pala
Daun Kari
Biji Sawi
Serbuk Kari + Cili Boh (nk lebih sedap perapkan semalaman)
Santan Cair
Santan Pekat
Sedikit Air Asam Jawa
Tomato
Ayam/Daging

Cara²: 

Panaskan minyak..pastu masukkan biji sawi... tumis bawang merah, bawang putih, dan halia..masukkan sekali daun kari & 4beradik(kayu manis, lawang, cengkih & pala)..tumis sampai layu..pastu masukkan campuran serbuk kari dan cili boh yg telah diperap semalaman...tumis sampai pecah minyak..masukkan sikit je air asam.. then masukkan ubi kentang dan ayam..kemudian gaul sebentar..masukkan santan cair dan biarkan sehingga ayam dan kentang mnjadi empuk...

Bila ayam dan kentang dah empuk...masukkan santan pekat... Lengkapkan dgn garam dan bhn perisa(kalau nk letak).. akhir sekali masukkan tomato biar sebentar dan sedia utk dihidang...

sedap dimakan dgn Mantou ni...beli yg ekspress je kt kedai~! Selamat mencuba!!

*tahap kepekatan kari bergantung kepada citarasa masing²...