About Me

My photo
perjalanan sejauh mana sekalipun, ia bermula dari satu langkah yang pertama. untuk berubah menjadi seorang muslim yg berkualiti dan bukan angka-angka kosong, mulakan langkah anda dari sekarang. jangan bertangguh. anda tidak akan tahu sampai bila anda akan diberi masa didunia ini. Al-munthalak.. [Abu Bakr]

Thursday, December 16, 2010

Hari Asyura 10 Muharam 1431H

Bila berckp ttg hari Asyura, mesti perkara pertama yg terlintas dlm fikiran kita ttg kemeriahan memasak bubur beramai2... mase berkumpul dgn kawan², masa mngumpat bg makcik² dan anak dara... hehehe.. kebiasaanya tradisi ni diamalkan oleh penduduk kampung..jarang sekali kita dpt lihat org bandar dlm keadaan camtu... kalau ade pun kat masjid² terpilih je~ tp hari Asyura bkn sekadar masak bubur aje.. byk perkara2 sunat yg perlu dilakukan pd Hari Asyura.. tp sebelom kita berkongsi ttg amalan Sunat tu...ape kata kita imbas semula sejarah hari Asyura...
>>>>>>>

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

Fuuhhhhh~!!>> byk rupanya yg kita xtau pasal Sejarah Hari Asyura ni..ok now kita tgk pulak ape amalan² yg boleh kita lakukan utk dapatkan PAHALA secara percuma...

>>>>>>>

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

Well..mungkin agak terlambat utk putery berkongsi kan?? xpe... setiap tahun pasti ada Hari Asyura... amalkan tahun depan ye...

>>> oh ye..disebabkan semalam hari Asyura..so putery buatlah hidangan rasminya...BUBUR ASYURA..dan bonus pencuci mulut~!! PUDING ROTI BAKAR!!! yeay!!  ok..putery kongsi resepi ye...


BUBUR ASYURA
(ni sukatan utk 2 org...kalau nk buat lebih..doublekan smua bhn...adjust jelah sndiri yeeee)

Bahan²
1-2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ inchi halia
3-4 sudu besar rempah kari daging (jika ingin lebih pedas, tambah lebih rempah kari)
1 tin santan
1 tin kacang peas
2 sudu besar kacang dal (direndam)
Segenggam beras, di cuci
½ kg daging cincang
Kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga (4 sekawan)
Air secukupnya

Cara²:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, dan masukkan ‘4 sekawan’ ke dalam minyak yang telah panas.
Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan rempah kari dan kacau.
Masukkan daging dan tggu sekejap.
Masukkan beras yang telah dicuci dan masukkan juga air (cukup untuk membuat bubur)
Apabila mendidih, masukkan kacang dal dan juga kacang peas, kacau sekali sekala.
Setelah ia menjadi bubur, masukkan santan sedikit demi sedikit dan kecilkan api.
Apabila sudah pekat, masukkan garam secukup rasa.
Bahan Hiasan:
3 biji telur, di kacau, di goreng dadar dan dipotong halus-halus
1 biji lada merah, di hiris halus bawang goreng daun sup dan bawang atau cilantro

>>>> ok now mase utk berkongsi pencuci mulut

PUDING ROTI BAKAR

Bahan²
2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang yg mne satu)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)

Cara penyediaan:
 
Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.
Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.
Masukkan roti ke dalam acuan yg dah disapu dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu hingga menutupi roti.
Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.
Kalau suka puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti..


Sos Puding Roti:

1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

Pssstt...psstt...Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba. ^__^


Tuesday, December 14, 2010

HtmL owh HtmL~!!!


adoilah... setelah hampir 5jam bergelut dgn blog nie... hampir putus asa aku dlm usaha utk memasukkan link FLICKR aku dlm blog nie... hoh! semua size x kena..adjust...adjust..errmm..hurmmmm..owhhh...ooooooo~
urghhhhhhh!!!! HTML code! ape tuh!! dah berzaman dah aku lupekan beliau!! hahaha!

ohoo..camne ni?? xpe² berkat ketajaman minda aku ni..rase² leyh ingt lg kot fungsi dia... bergelut..berpeluh.. fuhh..akhirnya siap..n dpt gak aku masukkan link tuh~!..

aku mmg pandai! sape lg nk puji kalau x diri sndiri~TOL x?? ngeeee ^_^
so selamat memview link FLICKR tu ye!

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. 

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. 

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz. "Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga." 

Monday, December 13, 2010

ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

surah Al-Imran ayat 1 -6.
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ (٢) نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ (٣) مِن قَبۡلُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَ‌ۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ۬ ذُو ٱنتِقَامٍ (٤) إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَىۡءٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٥) هُوَ ٱلَّذِى يُصَوِّرُڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ كَيۡفَ يَشَآءُ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٦)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2) Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4) Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (6)




Text copied from http://us1.harunyahya.com

Saturday, November 13, 2010

Coklat??~ Lebih kepada Kebaikan @ Keburukan?? ^_~

Hurm...mlm² camni rase lapar plk..tetiba teringat pasal coklat~ kan best kalau dpt segelas coklat panas... ahhhhh~!!!! Nyamannnnnyyyyyeee~! Tp.. aku ni alergic sket pada mknn manis² ni... nanti ade je part tubuh aku ni diserang ngilu.. dpt² kene pat tulang belakang! sakit yg amat~! so.. for my own sake.. kurangkan manis dlm makann harian dan lebihkan manis dlm senyuman... hehehe~! salah satu petua awet muda turun temurun..>>>>>  Bercakap ttg coklat.. mesti ramai diantara pengamal diet rase takut utk berhadapan dgn si "hitam manis" ni kan?? meh kite risik² info pasal coklat ni... ape kebaikan dan keburukan dr coklat yg rata² penggemarnya terdiri dr kanak² dan kaum wanita...





mEh sHarE sikit inFo pasaL cOkLat~!
 
Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat. 

 
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
 
 Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan. 

Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan. 

Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah. 


Sumber:
http://sharifahelzahra.tripod.com/index.html
http://www.indomedia.com
http://en.wiktionary.org

Tuesday, November 9, 2010

Wahai Tuhan ku x layak masuk SyurgaMu~

Mendapat Link dr seseorg yg tidak dikenali mmbuat aku terkesima seketika... betapa kerdil dan lemah diri aku jika mndapat musibah... Syukur alhamdulillah aku dilahirkan dibumi Malaysia yg penuh dgn ketenteraman dan jauh dr bencana alam yg dasyhat... tp sejenak jugak mmbuat aku terkilan dgn sikap manusia yg suka bermusuhan sesama sndiri..mencipta sengketa dihati masing²~!

Kat sini aku sertakan link yg aku terima baru td..Letusan Gunung Merapi, Indonesia..

kepada yg agak malas nk bukak link tuh..aku sertakan beberapa keping gmbr yg aku amik dr website tersebut...















Salam Takziah juga diucapkan kepada mangsa² banjir di kawasan utara dan timur Tanah air~

..::Zam's Blog Spot::..: aman rindu ayah...

..::Zam's Blog Spot::..: aman rindu ayah...: "Seperti biasa Azri, Seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta terkemuka di Kuala Lumpur, tiba di rumahnya jam 9 malam. Sewaktu dia tiba an..."

Monday, November 8, 2010

My Daily work @ HOME~!

 urgghhh~!! makin ari makin tension dok umah~! balik² keje yg same...huh~! bile agaknya nk dpt title "pekerja" semula...hikhikhik.. semalam mak tel dr tanah suci... bgtaw ada lobang keje.. menantu kawan dia ada bukak Graphic Company~!!! hopefully peluang utk aku masih ada..
 Sejak jd baby sitter x diiktiraf ni, aku facing bnda yg same tiap hari...antar pegi sekolah>>jem>>tggu kt umh mak>>bdk balik sekolah>>balik umh aku>>masak>>mngemas>>mmbasuh>>mkn>>tido!!
haaaaaaaaaaaaa~!!! tu jelah tiap hari...
nilah budak nakal tu~! Muhammad Ezany Haqimie name dia~!!
(xdelah sampai 3org camni...sorg je! kalau 3org..pengsan aku)

oh ye!! ade satu lg aku nk kongsi...hobi terbaru...bercucuk tanam! hikhikhik  >_<  !

My First Project!! Hopefully leh petik Hasil!!
Pokok Kacang Botol!!

Hurmmmm.....
hari ni xtau nak masak ape arini...belek² resipi...teringat plak kacang POL yg aku mkn kt Plaza Larkin ari tu...teringin plk nk mkn lg... S.E.A.R.C.H.I.N.G>>> recipe~!!

tadaaaa~!!!
my First ever Kacang POL~!!
hehehe~! meh aku share sket resipi ni~!! yummyyy~!!!
 Bahan-Bahan:
4 tin kacang foul (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk – 
then kisar separuh kasar separuh halus – terpulang)
1 tin kecil minyak sapi

Bahan2 kisar:
1 sdm ketumbar – di sangar
1/2 sdm jintan manis – di sangar
1/4 sdm jintan putih – di sangar
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
garam & gula secukup rasa

Taburan di atas kacang pool:
Bawang besar & tomato (potong dadu)
Lada hijau (dihiris)
Limau kasturi (dibelah dua)
Telur goreng mata lembu (make sure goreng ngan minyak sapi)

Cara Cara:
Panaskan minyak sapi di campur ngan sedikit minyak makan dlm periuk
Tumis bahan2 yg di kisar hingga naik bau.
Masukkan kacang parang yg sudah di mesin dan rasa garamnya dan tunggu hingga mendidih
Hidangkan dgn bahan2 taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis
  ^_~
ni resipi asal...tp aku main hentam ikut resipi aku sndiri~! sape yg nak try...gunalah resipi yg kt atas nie~~


Tuesday, August 31, 2010

Salam Lebaran~!


Diam x diam semakin hampir Umat Islam selesai berpuasa.. tggal smnggu lebeyh kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri... Dikesempatan ini putery ingin memohon kemaafan kepada semua rakan² samada di dunia Maya atau pun realiti.. sepuluh jari disusun memohon keampunan samada yg disengaja atau tidak..jika ada terkasar bahasa dan pertuturan yg secara tidak sengaja berbekas dihati rakan²... Ampun dan Maaf dipinta....

 
Akhir sekali dengarkanlah dendangan lagu hari Raya dr Putery Khas utk rakan² semua...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~!!!